:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Monday, March 23, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 10 ::

“Assalamualaikum, Tia.”Lembut suara itu menghulurkan salam.

“Waalaikumussalam. Siapa ni?”

“Adam. Sorry kacau Tia malam-malam ni. Actually just wanna say good night je,”suara itu memperkenalkan diri.

“Erm, Adam. Takpe. Saya pun tengah duduk membaca ni. Bosan pulak tak keluar rumah dari petang tadi,”aku ketawa kecil selepas menghabiskan ayatkku itu.

Are you okay?”

Did i seems bad?”

“Takla. Saja tanya. Yela, kalau Tia ok takdela Tia boleh jumpa Adam kat hospital petang tadi kan?”

I’m ok. Don’t worry. Cuma tadi saya sakit kepala sikit tapi lepas makan ubat yang awak bagi tu dah ok. Kalau tak takdela saya boleh duduk kat meja kerja ni,”

Kedengaran tawa kecil Adam di hujung talian. Agak menyenangkan, dan membuatku berasa dekat dengannya.

“Erm, okla. Saja call to make sure that you’re ok. Kalau Adam call Tia lagi boleh?”

“Nak tanya satu soalan boleh?”

“Tanyalah.”

“Selalu ke buat rawatan susulan macam ni?”

Sekali lagi kedengaran tawa Adam di hujung talian. Namun kali ini agak kuat, dan lebih lepas berbanding tadi.

“Tia...oh God. Still nakal macam dulu-dulu jugak. To be honest, tak jugak. Entahlah, dengan Tia i just feel like wanna do it.”

Aku merasakan sebuah kejujuran dengan jawapannya itu. Setelah menyatakan kesudianku, dia mengucapkan terima kasih. Sempat dia berpesan agar aku mengambil ubat yang diberikan olehnya pada masa yang telah ditetapkan sebelum mematikan talian.

Setelah memutuskan talian, aku hanya duduk memandang telefon bimbitku yang masih kugenggam. Satu perasaan halus menyusup ke hatiku tika teringat tawa Adam sebentar tadi. Namun cepat-cepat aku membuangnya, tidak mahu terlalu mengikut perasaan tika ini. Akhirnya aku tersenyum sendiri.
TENGAH hari itu, usai berjumpa dengan pelanggan dari Singapura aku bergegas balik ke pejabat kerana mendapat panggilan daripada Amy. Menurut Amy, terdapat sedikit masalah yang timbul di pejabat dan dia memerlukan kehadiranku ketika ini. Sampai di pejabat, aku terus ke Jabatan Sumber Manusia.
“Amy..”

“Fathihah, you shouldn’t believe this.”Belum sempat aku bertanyakan apa-apa, Amy datang menghampiriku.

Aku mengangkatkan bahu tanda tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh Amy itu.

Look, i’ve been busy to prepare all this. And you tau tak pengurus logistik kita yang baru tu kata he can’t make it today. Dia minta i bagi dia dua minggu lagi before dia masuk kerja kat sini. It makes me upset tau,”adu Amy sambil menghempas fail yang dipegangnya.

Aku menepuk-nepuk lembut bahunya. Cuba menenangkannya walaupun aku tidak tahu apakah yang patut ku lakukan ketika itu.

I tak kisah kalau dia bagitau i awal-awal. Bukannya pagi tadi baru nak bagitau. He didn’t know how much i work for this,”

Well, Amy. I’m sure he got a good reason for doing it. Come on, macamlah you tak biasa jumpa orang-orang macam ni.”

I know. But i just feeling mad at him. Entahlah, sorry kalau buat you tergesa-gesa balik office semata-mata nak dengar i membebel.”

It’s ok. So staff you macam mana?”

“Erm, mula-mula they seems to be upset jugak tapi after a while they’re ok, i think. Cuma staff logistik jela yang agak tak puas hati. Yela, they thought they’ll get a new boss today.”

Selepas mententeramkan Amy, aku kembali ke pejabatku di tingkat atas. Kelihatan En Haris sedang menunggu di bilkku. Pastilah hendak bertanyakan mengenai perjumpaanku dengan pelanggan dari Singapura pagi tadi.

Aku masuk dan melemparkan senyuman nipis ke arah Haris yang masih tidak berhenti memandangku.

Why? Ada apa-apa yang tak kena dengan i ke?”

Soalanku itu nyata mengubah moodnya. Dia tertawa lalu menarik kerusi yang bertentangan denganku.

“Erm, nothing. So how’s your meeting dengan pelanggan dari Singapore tu?”soalan yang telah kuagak terpacul dari mulutnya.

Aku tersenyum, dan menceritakan mengenai pertemuanku itu tadi. Juga bagaimana mereka menawarkan harga yang lebih rendah sekiranya kami sudi melanjutkan tempoh kontrak dengan mereka. Suasana yang tadinya santai bertukar menjadi serius sementelah kami berbincang mengenainya.

Tengahari itu, sedang aku menyiapkan kerja di bilikku telefon bimbitku berdering. Dan pada masa yang sama Haris sudah terpacul di depan bilikku. Aku mempersilakannya masuk sambil mengangkat telefon bimbitku. Haris yang melihat aku menerima panggilan mengangguk dan duduk di sofa yang terdapat dalam bilikku.

“Assalamualaikum, Tia.”

Suara yang kukenali itu menusuk lembut ke telingaku, membuahkan senyum di bibirku.

“Waalaikumussalam. Dr Adam?”

Sorry kalau Adam mengganggu Tia.”

“Erm, takdelah. Saya pun baru je siapkan kerja ni. So, ada apa-apa yang boleh bantu Tuan Doktor?”

“Tak payahla formal sangat ngan Adam. Actually just wanna ask you out for lunch. Tapi itu pun kalau Tia sudi, Adam tak paksa.”

Aku tertawa kecil dengan kata-katanya itu. Entah mengapa aku berasa senang sekali dengan ajakannya itu. Lantas aku menyatakan persetujuanku. Selepas memberi salam, Adam memutuskan talian.

“Erm, nampaknya i makan sorangla kali ni.”

Suara Haris menyedarkanku akan kehadirannya di bilikku. Sungguh, aku terlupa mengenainya.

Sorry, Haris. I terlupa you ada kat sini,”

It must be someone special. Kalau tak, takdela you sampai lupa i ada kat sini.”

“Haris..”

It’s ok. Lagipun i nak beritahu yang i ada lunch appointment hari ni. It’s good if you have someone to accompany you.”ujarnya sambil tersenyum.

Setelah meminta maaf atas kesilapanku, kami turun bersama-sama. Kulihat Adam sudah sedia menungguku di lobi. Melihatkan kehadirannya, aku tersenyum.

“Lama tunggu?”

Adam menggelengkan kepala sambil tersenyum. Aku memperkenalkan dia dengan Haris yang kebetulan melalui situ.

“En. Haris, meet my doctor, Adam.”

Haris memandang tajam ke arah Adam, kulihat Adam juga mengecilkan matanya memandang Haris. Hatiku mula berasa tidak enak dengan situasi tersebut. Sedang aku mencongak-congak apa akan berlaku seterusnya, Haris meluru ke arah Adam sebelum sempat aku berbuat apa-apa.

6 comments:

bidadari cinta said...

haris nak watpe tu....???

Miss Kira said...

apa yg dia uat..
ntah2 depa tu adik beradik
hehhe..
cpt smbg ye

Hafia Hana said...

NTAH2 ADAM NGAN HARIS TUHH KWN!

tzaraz said...

ahaaaa...aku tau...
mesti Adam ngan Haris tu dah kenal...
ending chapter nie cam diorang nak bertumbuk
tapi rasanya tak kot...
berpeluk je jumpa kawan lama..
......AGAKNYA LAH!..haha...

Mami Naufal said...

hahaha..sumenye pandai2 blaka..mmg idea nya macam tu la..tapi tak sempat nak sambung..nanti bile free saya sambung ok sume..???
anyway thx sebab sudi baca citer nih..
muahs...!!!!

aqilah said...

suspen bunyinye ni, dik, cepatlah sambung..............................

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?