:: LoVe is in the air ::

oUr PRiDe aNd JoY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

kLiK saYa uTk TaBuNg BaBy~!!!

:: am sorry all ::

:: am sorry all ::
masih lagi bersawang blog ni kan..lately sume post adalah yang AUTOPUBLISH sahaja..hehehe...sebab hari tu ada masa maka aku auto publishkan sahaja n3 yang ada..bolehla rajin terupdate..but i'll try harder after this ok..THANKS FOR COMING~!!!!!!!!

Thursday, January 29, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 6 ::

"Maya, boleh tak jalan elok-elok sikit?"

Suara Shah yang agak kuat, membuatkan aku sedikit terkejut. Namun aku hanya mendiamkan diri dengan kata-katanya itu. kawan-kawanku yang lain seakan memberi ruang untuk aku berbual dengan Shah. sempat juga aku terlihat Shah mengenyitkan mata ke arah Jasmin yang tersenyum kepadanya.

"Nasib baik Shah ada tadi, kalau tak Maya da.."

"Ye Shah. Terima kasih sebab tolong Maya tadi. Shah buat apa kat sini?"

"Saje jalan-jalan. Cari Maya."

Kupandang Shah yang tersenyum manis, menaikkan seri wajahnya. Namun seri wajah itu tidak mampu menahan aku bertanya kepadanya.

"Shah ada jumpa Min kan? Boleh Maya tau kenapa?"

Raut wajah Shah berubah dengan pertanyaan itu. Dia bangun dan berdiri menghadap tasik.

"Kalau Shah tak nak beritau, takpe. Maya cuma bertanya,"

"Kenapa Maya nak tau? Kenapa Maya tak pernah nak berhenti ambil tahu pasal Shah?"

Aku yang agak tersentak dengan kata-katanya itu, bungkam tanpa suara. Menilai semula jika akukah yang bersalah.

"Shah tak suka Maya ambil tau pasal Shah. Kita kan takde apa-apa."

Sekali lagi jantungku bagai disentap dengan kata-kata Shah itu.

"Shah pun tak tau macam mana Shah boleh datang sini cari Maya. Tapi kalau Shah tau macam ni jadinya, memang Shah takkan datang."

Aku hanya mampu memandang pemergian Shah yang kukira selama-lamanya dari hidupku. Sejak itu, aku cuba untuk terus melupakan dia.


TUT...TUT....
Deringan telefon bimbitku memancung lamunanku sebentar tadi. Sedar tak sedar, telah hampir sembilan tahun berlalu. Kini aku telah pun memegang jawatan sebagai Pengurus Pemasaran di syarikat tempat aku bekerja. Lissa telah menjadi seorang Ketua Akauntan di sebuah firma besar di ibukota. Jasmin pula khabarnya telah menjadi seorang pakar matematik. Sejak tamat SPM, kami jarang berhubung. Hanya Lissa yang kerap kuhubungi, malah hal mengenai Jasmin juga kuketahui melalui Lissa.

Shah? Dia langsung tidak menghubungiku sejak kami tamat persekolahan. Malah, keluarganya juga telah berpindah setelah kami tamat persekolahan. Semasa keputusan peperiksaan diumumkan, seperti yang kuduga Shah telah muncul sebagai pelajar terbaik sekolah. Namun, semasa majlis penyerahan sijil diadakan dia tidak pula menghadirkan diri.

“Hello Cik Fathihah, saya nak ingatkan mengenai mesyuarat pukul sepuluh pagi ni. En Haris nak jumpa cik sebelum mesyuarat tu berlangsung,”terdengar suara Zatty, setiausahaku di corong telefon.

“Oh, terima kasih sebab ingatkan saya. Saya on the way ni. Dalam sepuluh minit lagi saya sampaila,”balasku.

Fathihah. Itulah nama yang aku gunakan sekarang. Nama Maya terlalu banyak menyimpan kenangan buatku. Malah, semua pekerja dan orang atasanku memanggilku Fathihah. Hanya Lissa yang masih memanggilku Maya.

Friday, January 23, 2009

TeRcaRi-caRi aRah & TuJuaN...

kembali bertamu di web blog yang kusayangi ini..hehehhe..lepas da setelkan sume menda lehla aku lepak2 jap dalam nie..erm..macam2 yang jadik rupanya dalam nie..

lately aku slalu de prob bile nak wat pape..baru2 nie keja yang datang menimbun wat aku rasa tensen gile..adoyai..tataw le nape..tapi kekadang aku ade gak rasa nak brenti keja..huhuhuh..tapi lau aku brenti keja, aku nak makan pe..??nak kawen lagik..mak ayah aku lagik..sume nak kena masuk akaun tue..huhuhu...nak tanak..kena la aku betahan.. \^_^/ chaiyok2..!!! \^_^/

ape pendapat korang pasal personal loan..??dulu aku rasa baik guna kredit kad drp wat personal loan..tapi bile aku pikir2 balik..baik r amik personal loan daripada pakai kredit kad...kelebihannya (pada pandangan aku la)..lau guna kredit kad, penggunaan tue akan berterusan..tetiap bulan kena bayar utang kredit kad..lau guna personal loan, leh beli sume barang yg perlu n bayar bulan2..da abes loan takleh dahla nak pakai..so penggunaan nya betul2 terhad..hahahaha...teori aku la...

apepun..masing2 ada kelebihan sendiri..aku tengah bosan gile..plus keja yang banyak..n macam2 menda nak kena setel..sebab tu la aku mula melalut dalam nie pulak..adoyai..cian blog aku..sowi ek BuBbLy (nama blog aku nie)..wakakakakakak

Thursday, January 22, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 5 ::

KAMI semakin sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Aku juga telah mengurangkan masa untuk aktiviti kelabku, begitu juga kawan-kawanku yang lain. Kami sering mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Kadang-kala kulihat Shah juga ada di perpustakaan bersama kawan-kawannya namun kami hanya berbalas senyuman tanpa bertegur.

“Lissa, aku nak pergi jumpa cikgu kejapla. Semalam dia pesan suruh aku pergi jumpa dia. Temankan aku boleh?”pintaku pada Lissa.

Lissa yang sedang menulis mengangkatkan muka memandangku. Sebenarnya aku baru teringat pesanan tersebut bila membuka buku latihan kimia sebentar tadi.

“Aku bukan tak nak temankan kau tapi lepas ni sujek addmath. Kau taula En Chow tu macam mana,”kata Lissa.

Aku mengeluh perlahan. Namun aku juga menyedari hakikat itu. En Chow tidak suka sekiranya kami lewat untuk kelasnya. Sedangkan aku harus berjumpa guru matapelajaran kimia sebelum waktu rehat.

Akhirnya, aku keluar seorang diri ke bilik guru. Mujurlah dalam perjalanan aku terserempak dengan En Chow. Aku meminta kebenarannya untuk berjumpa dengan guru dan dia mengizinkan. Sempat dia berpesan supaya aku tidak terlalu lama.

Pulang dari bilik guru, aku terserempak dengan kawan-kawan Shah. Salah seorangnya Faisal, presiden kelabku.

“Maya, buat apa kat sini?”tegurnya.

“Jumpa cikgu kejap. Korang ni buat apa, ponteng kelas ek?”balasku.

“Eh, takdelah.”jawabnya, tersenyum.

Erm, pastilah dia ponteng kelas. Namun mujurlah dia sememangnya berotak cair. Walaupun sering ponteng kelas, Faisal tetap menjadi salah seorang tonggak harapan sekolah. Aku meminta diri kerana sedar aku telah terlewat menghadiri kelas En Chow.

Dalam tidak sedar, esok kami akan menghadapai peperiksaan SPM yang bakal menentukan masa depan kami. Petang itu, aku ke perpustakaan untuk membuat rujukan terakhir. Kali ini aku berseorangan kerana Lissa memberitahuku yang dia hanya mahu belajar di dalam bilik sedangkan Jasmin awal-awal telah keluar.

Untuk ke perpustakaan, sengaja aku melintasi padang sekolah walaupun sebenarnya aku tidak perlu melaluinya. Tiba-tiba aku terpandang seseorang yang amat kukenali.

Jasmin! Apa yang dia buat di sini?

Niat hendak menegurnya kubatalkan apabila terlihat kelibat seseorang menghampirinya. Terhenti nafasku sebentar apabila mengetahui yang orang itu adalah Shah.

“Hai, dah lama tunggu? Sorry ek ada hal sikit tadi,”lembut suara Shah menuturkan kata-kata tersebut.

“Eh, takdelah. Aku pun baru je sampai nie,”jawab Jasmin, tersenyum.

Aku mendiamkan diri di balik dinding, memerhatikan gelagat mereka berdua. Hatiku berombak deras. Apakah sandiwara yang diamainkan oleh mereka berdua sebenarnya.

“Dah lama aku nak jumpa kau tapi ada je masalahnya. Sekarang baru ada peluang,”kata Shah lagi.

Kulihat Jasmin hanya senyum sambil mengangguk. Entah mengapa, aku menjadi sebak dalam keadaan demikian. Aku ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku antara mereka namun hati kecilku membantah keras. Aku melangkah dengan berjuta persoalan yang menerjah fikiran.

‘Ah, esok dah nak exam. Better aku lupakan je pasal ni,”tingkah fikiranku.

Aku ke perpustakaan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun sesekali persoalan tersebut tetap muncul di fikiran.


SEPANJANG peperiksaan berlangsung, aku langsung tidak bertemu dengan Shah. Sengaja aku mengelakkan diri darinya untuk melupakan apa yang kulihat tempoh hari. Jasmin pula bersikap seperti biasa denganku, jadi aku tidak menimbulkan soal tersebut semasa bersama-sama dengannya.

Esok peperiksaan akan berakhir, kami bertiga berjalan-jalan di taman tasik yang berhampiran untuk mengisi masa. Disebabkan esok kami akan menduduki kertas kimia, kami agak rileks. Maklumlah, kami bolehlah dikatakan agak cekal dalam subjek tersebut.

“Lissa, apa plan kau lepas SPM nanti?”tanyaku sewaktu kami sama-sama menyusuri tasik itu.

“Entahlah, takde fikir apa-apa lagi. Korang macam mana?”tanyanya kembali.

“Aku ingat nak amik kelas bahasa inggeris. Tak pun amik lesen je,”jawabku.

“Aku tak tau lagilah. Aku kena tanya kakak aku macam mana,”kata Jasmin pula.

Lissa menganggukkan kepalanya dengan jawapan kami berdua. Suasana kembali bungkam. Masing-masing melayani fikiran.

Entah mengapa, muncul bayangan Shah dalam fikiranku. Aku ingin bertanyakan kepada Jasmin namun hasrat itu kupendamkan apabila Lissa menjerit.

“Maya, look out!”

Aku yang tersadung apabila menyusur tepian tasik, menyebabkan aku tidak dapat mengimbangi badanku. Aku memejamkan mata membayangkan apa yang akan berlaku. Sekilas ku terasa tubuhku melayang ditarik seseorang dengan kuat. Aku membesarkan mata apabila mennyedari siapakah penyelamatku sebentar tadi.

“Shah!”

Wednesday, January 21, 2009

.: aKu sKanDaL 2:.

“Hello Ryana.”

Suara yang amat dirindui Aireen menerjah telinganya, membuahkan senyum di bibir yang semulajadi merah itu.

“Ariel.”

Kerinduan yang terlalu lama terpendam membuatkan lidahnya kelu menutur sebarang kata buat tunang yang tersayang.

“Hai sayang. Sayang Ariel buat ape tu? Ok ke keja arini?”

Selajur itu, pantas sahaja mulut Aireen bercerita. Daripada peristiwa disimbah air oleh Tisya sampailah kepada hal-hal yang berlaku di pejabatnya. Ariel yang mendengar sesekali mengusik Aireen sambil ketawa. Tisya yang turut tersenyum melihat gelagat Aireen bangun menuju ke dapur.

Shayril Isma Abdullah, seorang jurutera yang kini berkhidmat dengan Tretox Engineering Sdn Bhd sedang sibuk menguruskan projek baru yang menuntutnya pergi balik dari KL dan Jepun. Dengan ketinggian 177cm, berkulit sawo matang dipadankan dengan anak matanya yang berwarna coklat, jejaka ini mempunyai senyuman yang mampu menambat hati setiap wanita. Kaca matanya yang agak bergaya membuatkan dia begitu berketrampilan dengan jawatannya sebagai jurutera. Namun siapa sangka, hati sang jejaka persis model ini sudah terisi.

“Betul ke ni, Ariel?”

“Betulla. Sebulan lagi i balik. You ambil i kat airport boleh? Bolehlah kita keluar makan sama-sama. Lama sangat tak keluar dengan You.”

“Boleh Dear. Apa salahnya. Nanti you inform me detail ‘bout that ya?’

“Ok sayang. I have to go now, so I’ll call you later.”

Me too. Esok I kena pegi keja. Take care, Ariel.”

“You too, sweetheart. Sweet dreams.”

Selepas menjawab salam, Aireen memandang handphone sambil tersenyum. Agak tersentak bila bahunya ditepuk orang. Kelihatan Tisya tersenyum manis memandangnya.

Happy nampak?”

Aireen bersila menghadap Tisya yang kembali duduk di sisinya. Tisya yang sedang menghirup kopi tercengang,memandang kembali ke arah Aireen. Suasana menjadi sepi buat seketika. Hanya suara dari televisyen yang kedengaran, ditambah dengan keharuman aroma kopi dari cawan yang dipegang Tisya.

Seketika kemudian, berderai tawa keduanya.

“Kau ni apasal? Tetibe pandang aku macam tu. Kau nak kopi aku ke?”Tanya Tisya setelah tawanya reda.

“Ish. Tak naklah aku. Kang aku tak boleh tido pulak malam ni.”

“Dah tu?”

“Kau tu. Tersenyum-senyum tengok aku ngan Ariel. Carilah boyfriend sorang, Tisya. Aku rasa kau pulak yang lebih tersenyum daripada aku nanti.”

Riak muka Tisya berubah, agak keruh sedikit. Namun segera pula dia menyembunyikannya dengan meluahkan tawa yang agak dibuat-buat.

“Aku tak sesuai untuk itu, Aireen. Oklah, nice dreams Princess.”

Aireen terpinga-pinga dengan ulah Tisya. Namun rasa mengantuk yang bertamu mengheret kakinya melangkah ke bilik tidur. Meninggalkan persoalan tersebut tanpa jawapan.


MINGGU berikutnya menyaksikan perjalanan kerjaya Aireen yang kian mneyerlah. Dia semakin cekap menguruskan kerja-kerjanya. Hinggalah suatu hari, satu peristiwa menemukan dia dengan Pengarah Pemasaran yang ditunggu-tunggunya.

“Siapa yang handle this matter?”

Kuat suara itu melengking, menyentap tangkai hati setiap staf bahagian pemasaran NusaDesign Sdn Bhd. Seorang lelaki berbadan sasa, berkulit cerah dan berwajah tampan keluar dengan fail biru di tangannya. Ketampanannya tampak sirna dek bahang kemarahan yang menyala di wajahnya.

“Melissa. Awak tahu apa-apa pasal ni?”

Terangkat sedikit bahu Melissa yang sedang menaip apabila fail tersebut dihempaskan dengan kasar di atas mejanya.

“Encik Nik, fail tu CS Exec baru, cik Aireen yang handle.”tergagap-gagap Melissa menjawab.

Habis sahaja Melissa menarik nafas, Nik Adrean terus mengambil semula fail biru yang baru sahaja dihempaskan tadi dan melangkah pantas ke bahagian khidmat pelanggan. Dalam hatinya merengus kesal. Suasana yang tadinya senyap-sunyi menjadi riuh. Masing-masing meramalkan apakah yang akan berlaku kepada Eksekutif Khidmat Pelanggan yang baru sebulan bertugas itu.

Nik Adrean Nik Daniel realitinya adalah seorang mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Dia juga seorang yang amat mudah tertawa. Namun personalitinya pantas berubah apabila melibatkan soal kerja. Lebih-lebih sekiranya terdapat kesilapan yang melibatkan nama baik syarikat seperti kali ini.

Di pejabatnya, Aireen baru sahaja selesai bermesyuarat dengan kumpulan kerjanya mengenai sambutan ulangtahun syarikat yang bakal diadakan tidak lama lagi. Langkah kaki mereka terhenti demi terpandangan sahaja Pengarah Pemasaran yang berdiri di hadapan meja Aireen, memegang fail berwarna biru dengan muka yang merah menyala.

“Tu kan Encik Nik, Pengarah Pemasaran.” Terdengar satu suara di sebelah Aireen.

“Eh, tu macam fail..”hati Aireen mula mengalunkan melodi yang kurang enak didengar.

Nik Adrean yang menunggu sedari tadi segera berpaling apabila menyedari beberapa orang kakitangan bahagian khidmat pelanggan berada di hadapannya.

“Aireen!”

Tuesday, January 20, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 4 ::

Semakin hari, aku semakin melupakan apa yang telah berlaku di antara kami. Bagiku, tiada gunanya aku mengenangkan peristiwa pahit yang berlaku sepanjang persahabatan kami itu. Aku juga meluangkan lebih banyak masa bersama kawan-kawanku yang kian membenci Shah.

Namun kujelaskan kepada mereka yang segala yang berlaku adalah di antara kami berdua dan aku tidak mahu melibatkan orang lain dalam permasalahan ini. Shah semakin jauh dariku. Kami tidak langsung tersenyum pabila berjumpa, apatah lagi bertegur sapa.

Namun suatu hari dia menemuiku ketika perjalanan pulang ke asrama. “Boleh Shah jumpa Maya sekejap?”ujarnya.

Aku mengangkat muka memandangnya. Sayu hatiku mendengarkan suara yang pernah melukakan hatiku itu. Kawan-kawannya hanya memandang kami dari kerusi batu yang berhampiran.

“Ada apa?”tanyaku, hambar.

“Ada hal sikit yang nak Shah cakap dengan Maya,”katanya.

“Apa lagi yang kau nak cakap? Tak cukup lagi apa yang kau cakap hari tu?”sampuk Lissa.

“Lissa, Jasmin, please. Aku kena cakap ngan dia. Sekejap je,”pintanya.

Aku mendiamkan diri. Entah mengapa, keadaan itu menyebabkan aku menjadi sukar untuk membuat sebarang keputusan.

“Maya, jom balik. Aku tak suka kau layan orang yang tak tau menjaga hati orang lain nie,”ujar Lissa sambil menarik tanganku.

Aku hanya menurut segala perlakuannya. Sempat aku melirik ke arah Shah. Pandangannya yang redup itu sudah lama tidak kulihat. Dia hanya menundukkan kepalanya dan melangkah pergi. Entah mengapa, timbul satu perasaan bersalah dalam hatiku.

‘Ah, bukan salahku.’nafi hatiku.


LAGI sebulan, peperiksaan SPM akan diadakan. Aku dan kawan-kawanku semakin giat mengadakan perbincangan secara berkumpulan. Shah? Entahlah, bagai sudah kututup pandanganku dari melihat wajahnya walaupun aku terlalu merindukan saat-saat kami bersama dahulu. Bagaimana agaknya dia mengulangkaji pelajaran tanpaku di sisinya. Namun kutahu dia tidak akan menghadapi sebarang masalah kerana dia adalah salah seorang pelajar harapan sekolah. Kutahu dia pasi akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Hari Sabtu. Kami bercuti selama lima hari sempena peperiksaan SPM yang akan bermula lagi dua minggu. Aku dan kawan-kawanku tidak pulang ke rumah sebaliknya keluar ke bandar petang itu. Sedang aku, Lissa dan Jasmin makan di sebuah restoran makanan segera, tanpa diduga Shah datang menghampiri kami. Tanpa kawan-kawannya. Aku bingkas bangun namun langkahku terhenti apabila Shah memegang tanganku, mendesakku duduk kembali.

“Maya, tolong jangan elakkan diri. Shah betul-betul nak cakap ngan Maya,” katanya sebaik menarik kerusi untuk duduk di sebelahku.

Aku hanya meneruskan makan tanpa memberikan sebarang reaksi. Kulihat Lissa dan Jasmin berpandangan sesama sendiri.

Please..”pinta Shah lagi.

Memang sejak dahulu aku tidak sampai hati untuk menghampakan setiap permintaannya. Begitu juga kali ini. Akhirnya, aku bersetuju. Lissa dan Jasmin yang agak keberatan pada mulanya, terpaksa bersetuju setelah aku berkeras. Shah meminta izin untuk keluar bersamaku.

Kami berjalan di sebuah pasaraya. Sambil berjalan, kami lebih banyak berdiam diri. Shah yang beria-ia mengatakan hendak berbicara denganku juga tidak banyak bersuara. Kami masuk ke sebuah kedai yang menjual cenderamata.

“Kata ada hal nak cakap, kanapa bawa Maya datang sini pulak?”tanyaku.

“Memangla, tapi Shah nak minta tolong Maya dulu. Shah nak bagi hadiah kat sorang perempuan tapi tak tau nak bagi apa. Boleh tolong pilihkan?”pintanya.

Luruh hatiku mendengar permintannya itu. Pastilah untuk Tasha, siapa lagi kalau bukan dia.

“Maya tak tau. Taste anak orang kaya macam Tasha tu mana sama dengan taste Maya,”ujarku.

“Tasha? Apa maksud Maya ni?”tanya nya pula.

“Habis tu, siapa lagi orang yang Shah nak bagi hadiah ni?”giliran aku pula bertanya.

Someone special, yang pastinya bukan Tasha. Shah ni bukan taste dia, lagipun dia sekarang dah kawan ngan Haikal. Haikal tu jauh lebih kaya, lebih hensem daripada Shah ni. Baru Shah sedar ada orang lain yang betul-betul wujud dalam hati Shah. Kalau Maya jumpa dia pun mesti Maya akan sukakan dia,”terangnya, sambil melirik ke arahku.

Entah kenapa, timbul satu perasaan halus dalam hatiku. Mungkinkah aku cemburu? Entahlah, yang pastinya perasaanku berkocak hebat dengan segala kata dan perlakuannya itu.

Dengan hati yang tidak keruan, aku membelek-belek cenderamata yang terdapat di kedai itu. Namun aku tetap tertanya-tanya siapakah gadis itu. Adakah aku benar-benar cemburu? Kenapa aku harus cemburu. Bukankah aku cuma seorang sahabat zaman ciliknya. Dan bukankah aku sudah menutup hatiku padanya.

Setelah agak lama menilik, pandanganku bertaut pada bintang-bintang kecil berwarna-warni yang diisi dalam balang kaca berbentuk dua hati yang bercantum. Aku mengangkatnya ketika Shah datang menghampiriku.

“Kenapa yang ini sedangkan banyak lagi benda lain kat sini?”tanyanya sambil mengambil balang tersebut dari tanganku.

“Entahlah. Mungkin sebab bintang-bintang dalam balang tu macam impian yang terlalu indah yang kita ada. Tapi cuma indah di pandangan, belum tentu indah untuk dikecapi. Tak semua impian tu boleh jadi nyata kan?”kataku.

Shah diam mendengar penjelasanku. Sejurus, dia berlalu dan membayar harganya. Selepas itu, dia mengajakku minum. Aku bersetuju dan kami minum di salah sebuah kafe di situ. Sementara menunggu minuman yang kami pesan tiba, kami masih tidak banyak bercakap.

So, macam mana preparation untuk exam?”tanyanya setelah agak lama mendiamkan diri.

So far so good. Shah macam mana pulak?”

Not bad.”

Kata-katanya terhenti apabila pelayan datang menghantarkan minuman. Aku menghirup minuman sejuk itu, lantas membuatkan tekak yang kering berasa nyaman sedikit.

“Shah nak minta maaf kalau Shah ada buat salah ngan Maya. Kita kawan dah lama, Shah tak nak sebab hal remeh macam tu kita putus kawan. Boleh kan?”pintanya kemudian.

“Maya tak pernah salahkan Shah. Mungkin betul apa yang Shah cakap tu, Maya selalu terlibat dalam setiap tindakan Shah.”balasku.

Kulihat Shah hanya tunduk membisu. Mungkin masih memikirkan apa yang kukatakan sebentar tadi. Bukanlah niatku hendak membuatnya serba-salah, aku hanya mahu meluahkan apa yang kurasa.

So, good luck. Jom kita balik,”kata Shah setelah agak lama membisu.

Aku menganggukkan kepala dan bangun menuruti langkahnya. Namun hatiku masih tertanya-tanya siapakah gerangan perempuan yang menghuni hati Shah kini. Melihatkan Shah langsung tidak menyebut mengenainya, kupendamkan sahaja persoalan itu di hatiku.

Monday, January 19, 2009

:: bEbEL-MeMbeBeL ::

waaa...banyak pulak menulis arini..keja banyak tp masih ada masa untuk mengetuk keyboard nih..maybe sebab ada komen2 yg tak bape sedap didengar..tp biasalah..kadang2 kita takleh nak arap sume orang akan suka apa yang kita wat, betul tak..??

sebenarnya utk n3 kali ni, aku nak menuyusun jari memohon ampun..kalau2la ada antara kata2 aku,atau penulisan aku wat sesetengah pihak berasa kurang senang..atau apa2 je..tp semua komen dan cadangan aku terima dengan hati yg terbuka..aku cuma tak nak ada orang yg tak senang ati kat aku..yela..kesalahan sesama manusia ni yang paling payah nak mohon ampun..jadi sebelum apa2 aku mintak ampun, mintak maap dulu la ye..

mmg..aku jugak sedar..dalam alam maya ni, macam2 menda boleh jadi..dan macam2 menda kita boleh ragui kebenarannya..aku sendiri tak tau orang2, kawan2 yg aku kenal sepanjang dalam aktiviti blogging ni, bercakap benar atau tak dengan aku..tp mana2 yang mmg memberi aku inspirasi, memberi aku ilham untuk aku meneruskan hobi aku ni, aku memang hargai sangat2 la..sebab aku menulis a.k.a menaip blog ni pun semata2 as hobi..aku pon takde niat nak jadi terkenal atau ape pun..menulis ni salah satu hobi aku..selain dapat memuaskan ati aku sebab dapat menulis, dapat juga berkongsi idea dan pengalaman dgn sape2 jugak yg sudi dtg menjenguk..

so utk yg nak tau..2b honest, aku jugak tataw samada sume cite yg diceritakan semula kpd aku adalah cite betul ataupun tak..yg ada kat blog ni cuma MeMoiR dan ErTi je yg truly my story..fiction yg digarap dr pengalaman idup yg tak seberapa..sKanDaL ialah cite br yg diceritakan semula utk tatapn bersama..jadi kita sama2la menilai kebenaran nya di sini..hehehehe..alamak, terlalu simple pulak rasanya pendekatan aku nih...

kadang2 bile baca novel, slalu kita berangan nak jadi macam watak dalam novel..lately br aku tau, jadi watak dlm novel sebenarnya tak seindah yang kita sangka..hehehehe..apepun..aku cuma berharap blog ni boleh menjadi medan untuk aku berkarya dgn bebas..tak kisahla siapa pun yg komen, siapa pun yg beri input utk aku menulis..aku cuma akan berusaha (bak kata kak hanni)..dan aku akan terus cuba memuaskan minat aku..juga hati sesiapa yg berada di sekeliling aku..

and untuk sume yg sudi komen..thanks sangat2 okies..!!!

p/s: wpun aku rasa macam nama baik aku jd agak tercalar..tp aku tak kisah..as long as aku dapat ramai kawan baru, aku bersyukur..betulla..setiap yg jadi ada hikmahnya..

kak hanni: u inspire me!!!
gaDis_uNgu : be strong okies..??i always pray for ur best
widuri: thanks for ur concern..hope we can share our ideas
mira: thanks jugak..suka layout pokok kat header blog u
all: thanks for all d support..n do tell me if i'm wrong

~ eNjOy rEadiNg ~

hye all..
atas recommendation kawan aku, aku diperkenalkan ngan website http://manisnyakenangan.blogspot.com/
ada satu cite best dalam website ni..tajuknya Pergilah Air Mata (PAM)..bile aku baca cite ni, mmg aku akui penulis novel ni mmg berjaya menyentuh banyak ati..bile aku baca komen2 dorang jugak..aku tau yang penulis mmg ada potensi untuk jadi penulis novel yang berjaya..
so sesape yg terasa nak tau ada apa dengan PAM, bolehla visit link kat atas tu..dan aku rasa tak rugi kalau korang layan citer tu..
kak hanni..
kalau akak baca n3 ni saya nak ucapkan thanks a lot..u truly inspiring me..

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 3 ::

Keesokannya, selepas waktu persekolahan kami bertiga duduk di belakang bangunan makmal yang menghadap padang. Sengaja kami memilih tempat itu kerana kurang orang di situ.
Aku, Lissa dan Jasmin bersama-sama mengulangkaji subjek Bahasa Inggeris kerana esok akan diadakan ujian. Sekilas aku teringat sewaktu aku dan Shah sama-sama mengulangkaji dan membuahkan senyum di bibirku. Namun segera kubuangkan perasaan tersebut jauh-jauh.

Sedang kami duduk di situ, terdapat sekumpulan pelajar lelaki datang dan duduk di pondok bersebelahan kami namun tidak kami pedulikan.

“Shah, kau baik tak dengan budak-budak perdagangan?”tanya satu suara.

Shah? Mungkinkah dia? Aku hendak menoleh ke arah kumpulan pelajar tersebut namun hatiku menolak. Aku hanya mendiamkan diri dan memasang telinga.

“Perdagangan, kenapa?”tanya satu suara yang lain.

Benar, itu suara Shah. Namun aku masih tidak memalingkan muka. Lissa dan Jasmin masih tidak menyedari apa-apa kerana sedang menumpukan perhatian kepada kertas yang mereka pegang.

“Takdela, aku tengok kau sekarang rapat ngan Tasha tu. Ada apa-apa ke?”

Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Shah, malahan cuma ketawa kecilnya sahaja yang kedengaran.

“Ataupun kau masih tak dapat lupakan kawan kampung kau tu?”

Tersentak aku apabila kedengaran mereka berbicara mengenaiku. Tidak kedengaran sebarang komen daripada Shah.

“Shah, kau dengar tak ni? Diam je. Takdelah, kalau kau takde apa-apa ngan Maya tu bagus jugak. Aku boleh tackle dia. Lagipun aku selalu gak bertegur-sapa dengan dia,”

“Aku pun boleh cuba nasib jugak. Maya pun baik ngan aku jugak. Dia pun selalu tegur aku. Jawablah, Shah.”

Aku semakin gementar dengan perbualan mereka itu. Namun aku masih tidak mendengar sebarang reaksi Shah mengenai hal itu. Aku pasti dia bersama-sama Amir dan Faisal kerana setahuku hanya mereka berdua yang agak rapat denganku selain Shah. Tambahan pula, Faisal adalah presiden Persatuan Bahasa Melayu. Jadi pastilah aku agak rapat dengannya.

“Hei, korang nak tackle dia ke, apa ke, apa kena-mengena dengan aku?”tiba-tiba terdengar suara Shah, keras.

“Hai, Shah. Takkan kau jeles kot. Entah-entah kau memang ada hati kat Maya tu,”ujar suara yang kurasakan milik Faisal itu.

“A’ah Shah. Kau jeles ke?”sambung Amir pula.

Excuse me, apasal pulak aku nak jeles? Lantak korangla. Setakat Maya tu, sekali petik jela. Sedangkan Tasha pun aku boleh dapat, inikan pula.....”

Kata-kata Shah terhenti apabila aku berdiri menghadapnya. Lissa dan Jasmin yang tersentak turut bangun dan memandang kami berdua.

“Inikan pula apa, Shah? Shah nak cakap Maya ni tak setanding dengan Shah, dengan Tasha?”aku memandangnya meminta jawapan.

Shah hanya memalingkan mukanya apabila pandangan kami bertaut. Luluh hatiku melihatkan perlakuannya itu. Menyedari kawan-kawannya juga bangun dan memandang kami, Shah memandangku semula.

“Apa yang Maya expect Shah akan jawab?”tanya Shah.

Aku yang terkejut dengan jawapannya memandangnya, tanda tidak mengerti.

“Shah tak kisah Maya nak kawan ngan siapa pun. Tapi tolongla jangan ganggu Shah. You’re always with me, like my shadow. Boleh tak bagi Shah ruang untuk bernafas, yang tak payah melibatkan Maya? Kenapa setiap apa yang Shah buat mesti orang nak kaitkan dengan Maya? Kita bukannya ada apa-apa kan,”penjelasannya yang cukup untuk menghancurkan sekeping hati milikku.

“Shah, kita kan kawan. Dulu Shah jugak yang kata...”

“Dulu, dulu, dulu. Kenapa nak gunakan masa dulu untuk terus mengikat Shah? Kalau dulu Shah ada cakap apa-apa pun, tu dulu Maya. Sekarang ni kita dah boleh fikir, dah boleh...”

“Cukup! Kalau Shah tak suka Maya, Maya boleh pergi. Tapi tolong jangan hina persahabatan kita dulu. Walaupun Maya baru tau sebenarnya hanya Maya yang menganggap Shah sebagai seorang sahabat.”

Tanpa menunggu Shah menghabiskan kata-katanya, aku bingkas meninggalkan tempat itu. Kawan-kawanku hanya diam tak berbahasa. Sesungguhnya aku amat kecewa dengan Shah. Mengapa sampai begini dia berubah? Dia benar-benar tidak menganggap aku sebagai sahabatnya. Sampai di bilik, aku menangis semahu-mahunya.

Akhirnya, aku sedar yang tiada gunanya aku mengalirkan air mata kerananya. Kerana seorang sahabat yang tidak tahu menilai erti sebuah persahabatan. Sejak itu, aku berazam untuk melupakan segala yang pernah berlaku antara kami. Aku akan menjauhkan diri daripadanya, kalau itu yang dia mahu.


Shah Faris Azharie, seorang pelajar yang menjadi perhatian ramai pelajar sekolahku. Ketangkasannya dalam bidang olahraga, kehebatannya dalam sukan bola sepak, serta kepandaiannya dalam pelajaran benar-benar menjadikan dia pelajar yang diminati ramai. Sedangkan aku tidaklah setanding dengan pelajar-pelajar yang meminatinya. Aku hanya seorang gadis kampung yang hanya tahu menghargai sebuah persahabatan yang dibina sedari dulu.

Friday, January 16, 2009

:: ceLoTeH-cElotEh ::

:: corat-coret ::

erm..baru-baru aku ada layan lagu Selepas Kau Pergi - La Luna..jumpa lagu ni dalam blog my sis..layan jugak la..hehehe..then satu lagi layan lagu Patiently - Emma Lahana..lagu nie pun jumpa dalam salah satu blog yang aku follow..apepun lagu yang masih mendapat tempat dalam hati aku skang ni tentulah BiLa RaSaKu iNi RaSaMu - keRiSpaTiH..hehehe

takde erti apape pun..juz susunan melodi yang harmoni..dengan lirik yang sangat berseni..buat lagu tu betul2 menarik dan tak jemu didengar..heheheh

nak post n3 baru tak siap lagi..act yang lain tu da ada tp kena edit dulu lau nak paste dalam nih..tu yang malas tu..minggu depan jela buat..hehehe

Thursday, January 15, 2009

.: aKu sKanDaL 1:.

"Aireen, saya sangat sukakan awak. Sejak pertama kali kita jumpa lagi."

Aireen memandang jejaka idamannya tanpa berkelip mata. Sungguh, itulah perkataan yang ditunggu-tunggu sedari dulu.

"Sudikah awak menjadi permaisuri di hati saya?"

Aireen mengedip-ngedipkan matanya, ala-ala manja. Belum sempat Aireen menjawab soalan prince charmingnya, dia terasa kesejukan yang amat sehingga mencengkam tulang. Selanjur itu, basahnya basah lenjun membuatkan dia membuka mata sepetnya luas-luas.

"Bangunla anak dara! Kata start keja ari ni."

Suara Tisya membuatkan Aireen terkulat-kulat mencari di manakah dirinya kini.

Akal logiknya mula berbicara. Dia akan memulakan kerja di sebuah syarikat rekahias hari ini. Dia perlu berada di sana pada jam 9.00 pagi. Serta-merta matanya bertambah besar apabila melihat jam loceng di sudut katil telah menunjukkan pukul 8.15 pagi.

"Tisya, nape tak kejutkan aku?"

Pukkk!!!

Aireen menggosok kepalanya yang sakit ditepuk Tisya.

"Sampai aku kena siram air baru nak bangun. Lagi nak kata aku tak nak kejutkan kau."

Terkocoh-kocoh Aireen bersiap untuk ke pejabatnya. Dalam itu, sempat lagi dia tersenyum mengingatkan prince charmingnya.

Dalam LRT ke pejabatnya, sempat Aireen berkira-kira apakah alasan yang patut diberikan sekiranya dia dimarahi akibat terlewat.

"Adoi..dahla first day keja. Napela prince charming tu nak datang malam tadi jugak. Malam semalam tak nak pulak dia datang."Aireen mengomel sambil menepuk-nepuk dahinya yang putih licin.

"Cik."

Serta-merta Aireen mengangkatkan muka.

'Eh mamat ni. Buat terkejut aku je.'omelnya dalam hati, namun sempat melempar senyuman nipis. Seketika matanya dibesarkan.

'Alamak. Sebijik muka prince charming dalam mimpi aku tadi.'

"Cik OK ke? dari tadi saya tengok cik tepuk-tepuk dahi. Pening ke?Saya ada panadol kalau cik nak."

Muka yang manis tadi terus bertukar masam. Aireen terus bangun tanpa mengendahkan lelaki tersebut.

'Sibuk jela dia ni.'desisnya.

Setibanya di stesen Sentral Kuala Lumpur, pantas Aireen mengatur langkah ke bangunan pejabatnya.

'Hai. Jauh betulla bangunan ni. Napela diorang ni tak buat je opis kat dalam stesen tadi. Kan senang."

Tiba-tiba dia teringat pada lelaki yang menegurnya sebentar tadi. Terbit rasa bersalahnya kerana bermuka masam pada 'Prince Charming'nya itu. namun sebentar sahaja rasa itu sempat singgah kerana fikirannya kini berpusat pada bangunan yang tersergam megah di hadapannya.


Dalam kelam-kabut, hari pertama Noor Aireen Adryanna bt Zharif Ismail berlalu dengan lancar di pejabat. dia dibawa berjumpa dengan semua staf dan Pengarah bagi setiap bahagian yang beroperasi di bawah naungan NusaDesign Sdn Bhd.

Dengan jawatan sebagai eksekutif perhubungan pelanggan, Aireen yakin dia boleh melangkah jauh. Lebih-lebih lagi dengan caranya yang memang disenangi ramai, pada hari pertama bekerja sahaja Aireen mudah bergaul dengan semua orang.

Satu sahaja yang masih mengganggu pemikiran Aireen. Pengarah Pemasaran yang masih belum ditemuinya. lebih-lebih lagi dia harus banyak bekerja bersamanya.

'Takpe, esok masih ada'desis hatinya sambil tersenyum.


Malam itu, sambil berehat menonton televisyen, riuh mulut Aireen bercerita mengenai hari pertama dia bekerja. Tisya yang mendengar hanya menambah sedikit sebanyak. Perbualan itu terhenti apabila deringan telefon Aireen menyanyikan lagu "Cinta antara kita".

"Amboi, belum angkat lagi dah senyum bukan main."

Aireen hanya senyum dengan usikan Tisya. Ah, mendengar lagu tersebut sudah cukup untuk Aireen mengetahui siapa pemanggilnya.

"Hello Ryana."

Tuesday, January 6, 2009

:: eRTi sEbuaH pErsaHabaTaN 2 ::

Selepas PMR, aku dan Shah meraikan kejayaan kami bersama-sama. Atas usaha dan tunjuk ajar Shah, aku berjaya mendapat 7A dalam peperiksaanku. Shah? Pelajar harapan sekolah itu pastinya mendapat 8A. Namun dia senyum dan mengatakan keputusan kami tidak jauh bezanya. Kami sama-sama memohon ke sebuah sekolah teknik di ibukota.

Mungkin kami masih ditakdirkan untuk bersama sekali lagi kerana permohonan kami berdua diterima. Cuma aku ditempatkan dalam jurusan perdagangan manakala Shah dalam jurusan mekanikal. Walaupun berlainan jurusan, kami berjanji tidak akan memutuskan hubungan yang terbina sekian lama ini. Shah meneruskan minatnya dalam bola sepak dan aku menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu.

Masuk tahun kedua belajar di sini, kurasakan Shah semakin berubah. Kata-katanya tidak lagi lembut dan menyenangkan sepeti dulu. Malahan kami semakin jarang berbual bersama. Hubungan yang dahulunya begitu akrab kurasakan semakin renggang jadinya. Sehinggakan ada ketikanya kami bersua, Shah tidak lagi menegurku. Aku benar-benar hairan dengan perubahan Shah sedangkan seingatku, aku tidak pernah melakukan sesuatu yang melukakan hatinya. Pernah aku cuba mengajaknya berbual, namun ditolak dengan alasan sibuk.

Lama-kelamaan, aku juga semakin berputus asa hendak memperbaiki hubungan ini kerana Shah langsung tidak mengambil kisah dengannya. Mungkin dia sudah menemui kawan yang lebih baik daripadaku. Namun bagiku, hanya dia satu-satunya kawan baikku yang paling aku sayangi.


Suatu hari, semasa latihan bola sepak diadakan kebetulan aku melewati padang bola sepak. Aku dan dua orang kawanku berhenti sebentar melihat pasukan bola sepak sekolah kami berlatih.

“Eh, tu Shah kan? Terer betul dia main bola,”tegur kawanku, Lissa.

Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala.

“Dia memang main bola dari dulu lagi,”spontan aku menjawab.

“Bukan kau baik ngan dia ke dulu?”tanya Jasmin pula.

Aku hanya mengangkatkan bahu. Malas mahu mengulas pertanyaan Jasmin itu.

Kulihat beberapa pemain lain tertoleh-toleh ke arah kami. Seketika, Shah juga memandang kami. Aku melemparkan senyuman namun dia hanya memandangku sekilas lalu dan meneruskan latihannya. Aku yang agak tersentak dengan perlakuannya, mengajak kawan-kawanku pulang ke asrama.


Pada hari perlawanan, sekali lagi kami turun ke padang. Pada pandanganku, permainan Shah agak teruk berbanding dahulu. Apakah sebenarnya yang berlaku pada sahabatku yang satu ini? Sedang kami menonton perlawanan tersebut, sekumpulan pelajar perempuan datang menghampiri kami. Pelajar-pelajar tersebut kukenali kerana kami sama-sama sejurusan.

“Hai, tak dapat orangnya, tengok dari jauh jadila,”kata salah seorang daripada mereka.

Aku yang sedang memandang Shah agak tersentak dengan percakapannya yang agak sinis itu. Aku menoleh ke arahnya.

“Kenapa, tak betulke apa yang aku cakap tu?”tanyanya sambil memandangku.

“Hei, Tasha! Apa yang kau cakap ni hah?”tanya Lissa sebelum sempat aku membuka mulut.

“Ala, semua orang tau yang Maya nie syok kat Shah. Padahal Shah tak layan dia pun,”ujar Tasha sambil mengangkatkan keningnya.

“Cakap ikut sedap mulut je. Shah ngan Maya ni dulu kawan baik tau. Dari sekolah lama tau,”balas Jasmin pula.

“Ye ke? Ataupun itu salah satu cerita yang kau reka untuk dapatkan dia, Maya?”tanya Tasha lagi.

Aku bangun dan menarik tangannya.

“Cik Tasha, awak ingat saya ada hati sangat ke dengan Shah tu? Kalau awak betul-betul nak kat dia, go ahead. Itu semua takde kena-mengena dengan saya,”kataku, keras.

Aku mengajak Lissa dan Jasmin beredar sebelum keadaan menjadi bertambah keruh. Tasha dan kawan-kawannya hanya memerhatikan sahaja perlakuan kami. Tidak sampai tiga langkah aku meninggalkan mereka, Tasha memanggil namaku.

“Maya, jangan ingat Shah tu ada hati dengan kau. Dia cakap dengan aku, korang cuma kawan masa kecil je. Kau tu je yang rasa Shah suka kat kau,”kata-kata Tasha itu benar-benar menghiris hatiku.

Aku hanya diam dan berlalu. Mengapa aku harus berasa sakit hati dengan kata-kata Tasha itu? Tidak mungkin Shah sanggup berkata sedemikian, aku memujuk hati sendiri.

wHaT Do wE LoVe...???

OuR pReCioUs~!!!

How`s my pregnancy doing?