Anak kecil berambut perang itu berlari mendapatkan lelaki yang memakai kemeja dan bertali leher itu. Lelaki itu memeluk anak kecil itu erat, bagaikan melepaskan rindu yang tersarang di dada.
“Akisy rindu papa.”
Suara anak kecil itu benar-benar meluluhkan hati lelaki itu. Dia mencium pipi dan dahi anak kecil itu bertalu-talu.
“Encik Nik Adrean?”
“Saya.”
“Sila ikut saya, doktor nak berjumpa dengan encik.”
Nik Adrean melangkah menuruti jururawat itu. Balkisy yang masih tidak mahu melepaskannya, didukung.
“Silakan duduk, En. Nik.”
“Kenapa dengan Balkisy, Eim?”
Dr. Imran Hadi, bekas rakan universitinya dulu yang kini menjadi doktor peribadi keluarga Nik Adrean mengeluh kecil. Dia memandang wajah sahabat lamanya ini, bersilih ganti dengan Nik Balkisy yang comel.
“Balkisy ok, Cuma mungkin dia perlukan lebih banyak masa dengan kau.”
Adrean pula mengeluh. Memang dia ingin menghabiskan masa dengan Balkisy, namun keadaan tak mungkin membenarkan semua itu.
“Aku rasa Jasmine tak mampu menjaga Balkisy dengan baik, Ean.”
“Mahkamah dah serahkan Balkisy pada dia. Apa lagi yang mampu aku buat, Eim?”
Keadaan menjadi sunyi seketika. Hanya suara Balkisy yang kedengaran berlagu kecil dalam pelukan Nik Adrean.
“Balkisy!”
Suara wanita yang kedengaran serak-serak basah mengejutkan mereka semua. Balkisy yang tadinya menyanyi kecil terdiam sambil memeluk erat Nik Adrean. Nik Adrean membalas pelukan itu dengan labih erat.
“Balkisy, can’t you answer me when I’m calling?”
Wanita berdarah Inggeris-Belanda itu berdiri, bercekak pinggang berhadapan dengan Nik Adrean yang masih memeluk Balkisy.
“Jess, tak perlu tinggikan suara bila bercakap dengan Balkisy.”tegur Nik Adrean.
Serena Jasmine, yang tadinya bercekak pinggang menurunkan tangannya. Dia menarik nafas dalam-dalam, menyedari kebenaran teguran Nik Adrean itu.
“Sorry, I was just..”
“It’s ok.”jawab Nik Adrean, menarik Jasmine duduk di sisinya. Dr. Imran Hadi keluar, sengaja meninggalkan ruang berbicara untuk pasangan itu.
“I’m sorry, love.”pujuk Jasmine, menghulurkan tangan kepada Balkisy.
Balkisy lambat-lambat menyambut tangan mamanya. Namun dia tersenyum manis apabila tangan mereka bersatu.
“Ean, sorry for involving You in this. Balkisy demam, but I’m too busy to realised.”
Jasmine memandang Nik Adrean di hadapannya. Dia tahu betapa Nik Adrean sayangkan Balkisy. Dia juga sayangkan anak itu, namun ada sesuatu yang bergolak dalam dirinya membuatkan dia kadangkala tega menyakiti fizikal dan mental si kecil itu.
“Jess, we need to talk.”
Jasmine yang tadinya tenang, mula merasakan ketidaksenangan dalam ajakan Nik Adrean itu.
“I nak balik rumah. Come, Balkisy.”
“Akisy nak duduk dengan Papa lagi. Nantila kita balik Mama.”
Pujukan Balkisy tidak diendahkan oleh Jasmine. Dia mencempung Balkisy dan berjalan keluar, ke arah keretanya. Kedengaran suara Balkisy menangis memanggil-manggil Papanya. Nik Adrean meraup mukanya dengan tapak tangan dengan situasi demikian.
“Ean.”
Suara Dr. Imran Hadi menyedarkan Nik Adrean dari terus mengelamun.
“Kenapa kau tak terus-terang je dengan Jasmine?”
“Susah, Eim. Kami sama-sama ada masalah. Macam mana aku nak rebut Balkisy kalau aku sendiri tak pasti berapa lama aku boleh jaga dia?”
Dr. Imran Hadi menepuk lembut bahu sahabatnya, sedar akan keadaan itu. Cuma dia simpati dengan keadaan Balkisy yang sering bertanyakan soal Papanya.
“Jess boleh dirawat, Ean.”
Akhirnya Dr. Imran Hadi bersuara. Telah beberapa kali pernyataan itu dimaklumkan, namun Nik Adrean dan Serena Jasmine masing-masing mengambil keputusan untuk berdiam diri.
“Dia tak nak menerima rawatan, Eim. Kau pun kenal siapa Jess kan? Kalau aku paksa dia, aku takut dia akan lepaskan perasaan pada Balkisy. Kau tak ingat apa yang dia buat pada Balkisy dulu?”
“Ingat. Aku takkan lupa semua tu, Ean. Sebab tu jugak, kau dengan Jess berpisah. Mungkin dia masih tak dapat lupakan apa yang terjadi antara dia, kau dan Adreen dulu.”
“Cukup! Aku tak nak dengar semua tu!”
Nik Adrean bingkas bangun, meninggalkan Dr. Imran Hadi di situ. Dr. Imran Hadi menggelengkan kepala, kesal dengan apa yang dialami oleh sahabatnya itu.
2 comments:
ala sikit aje n3 ni, tak cukup. nak lagi......................please...............................
alahai br perasan ery pun ada involve rupanya dlm hal kisah nya ean n jess. ni pun sbb bc semula setelah skian lama xbc. he...
Post a Comment